Dia bukan aku ....
Tetapi yang pasti dia adalah sebahagian dari aku yang merupakan sebahagian daripada dirinya. Aku dan dia telah begitu lama berkongsi kehidupan ini , telah sekian lama melalui kehidupan ini bersama-sama , semenjak kelahirannya . Tanpa dia siapalah aku dan tanpa aku keujudannya langsung tak pernah dihargai mahupun dikenali.Tanpa aku dia takkan mampu berada di puncak kegemilangan ini ( kalau ini boleh dikatakan sebagai puncak kegemilangan ).Kami menyanyi lagu yang sama , menari tarian yang sama dan berpencak dengan langkah yang serupa .. Kami adalah dua nyawa sejasad , dua minda dan dua emosi berbeza dalam satu jiwa .
Aku bukan JAHAT
Dia bukan JAHAT
Tapi aku tidaklah sebaik dirinya
aku tidak semulia dirinya
Dia begitu sempurna sedangkan aku .. Aku adalah penyelesai semua masalah yang dihadapinya . Aku yang menyingkirkan semua musuh dan lawannya . Aku yang melaksanakan semua kerja kotor untuknya tanpa disuruh tanpa dipinta . Tangisannya adalah kekuatanku.Senyumannya adalah ketenanganku . Impiannya adalah segala-galanya untukku.
Aku tidak menyesal sekarang ini.
Aku tidak kisah seandainya peluru peluru itu menembusi tubuhku menyiat isi dan kulitku , merobek organ tubuhku . Tapi aku perlu terus hidup untuk melindunginya kerana tanpaku , aku yakin hidupnya akan terdedah kepada bencana .
Di luar sana siren makin kuat , makin jelas mnghampiri . Aku perlu HIDUP .. Inilah perjuangan terakhir aku demi dia ... Aku mesti SELAMAT untuk memastikan dia selamat.