Tuesday, June 14, 2022

 

Bab Satu



Dia hadir tanpa diduga . Muncul secara tiba-tiba ditengah keriuhan suasana hiruk pikuk kelas 5 Beta . Raut wajahnya yang ayu , mata bundarnya yang berkaca-kaca membuatkan aku terkesima . Dia begitu mempersona seolah-olah mampu membuatkan ruang waktu terhenti seketika. Aku hanya mampu merenungnya seolah-olah terpukau dan ...

    " Shahrizal !!!!," jeritan itu membuatkan aku terjaga , sedar bahaya yang sedang menanti. Ada sesuatu yang tebal tapi lembut dan berdebu mencium pipiku . Dan rasa sakit menjalar dipipiku . Sah , lemparan pemadam papan hitam . Trademark Puan Eliza guru kelasku yang berbadan gempal jika ada pelajar yang gagal mematuhi arahannya atau tak fokus masa dia mengajar. Aku tersengih dan bingkas duduk di kerusiku. 

    Tetapi mataku .. ahhh masih tak lepas memandang gadis ayu yang berdiri disebelah Puan Eliza itu. Aku mula tertanya-tanya siapakah gerangannya. Mungkinkah dia pelajar baru yang akan menghuni kelasku ini. Kalau jawapannya ya , alangkah bertuahnya aku . Gadis secantiknya dalam kelasku. Adakah dia memang telah ditakdirkan untukku ? Cis , sempat lagi aku nak perasan . 

" Korang ni tak habis-habis lagi nak enjoy , memekak dalam kelas bila cikgu tak ada . Hei , sedarlah sikit SPM dah dekat . Sepatutnya bila cikgu tak ada atau lambat sekalipun gunakan masa yang ada tu untuk mengulangkaji bukannya jadikan kelas ni sebagai pasar ..."

    Puan Eliza dah mulakan sesi ceramah percumanya . Semua pelajar diam menikus yalah siapa berani cari pasal dengan Puan Eliza tu yang terkenal garang tu. Bukan saja garang malah terkenal dengan gelaran singa betina kat sekolah ni. Si gadis ayu yang berdiri disebelahnya tu makin kelihatan tak selesa , dia sedar banyak pasang mata yang tertumpu padanya termasuklah aku .Puan Eliza memandang si gadis ayu itu sekilas kemudian kembali merenung kami .

" Kamu punya pasal sampai saya dah lupa tujuan saya ke sini . Baiklah pelar-pelajar semua , kenalkan ini kawan baru kamu dalam kelas ni . Namanya Ayu Natasya Binti Mohd Fuad , anak pengetua kita yang baru berpindah dari Sekolah Menengah Merong Mahawangsa ..."

Teka-teki identititi gadis ayu ini akhirnya terjawab . Ayu Natasya . Ayu yang ayu . Seperti namanya , keayuannya , kelembutannya dan ahhh celakanya , dia anak Mohd Fuad si pengetua yang tak banyak cakap tapi terkenal garang dan tegas bila berdepan dengan pelajarpelajar macam aku. Eh, macam aku .hihihi

Aku pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Indera Kayangan , calon SPM tahun ni . Sekolah aku ni boleh tahan pencapaian akademiknya , nombor 10 terbaik diseluruh negara . Tapi kalau nak banding dengan Sekolah Menengah Merong Mahawangsa yang memang terkenal sebagai sekolah elit  dan paling cemerlang dalam negara memang perbezaaanya jauh macam langit dan bumi.Sekolah aku ni memang sekolah terpilih jugaklah cuma syarat kemasukkannya tak terlalu ketat . Macam aku sendiri pun bukan bijak sangat tapi disebabkan masa sekolah rendah pernah main bolasepak di peringkat negeri maka dapatlah aku masuk . Itu pun pakai kabel bapa saudara yang bekerja kat Jabatan Pendidikan Negeri. 


Monday, November 28, 2016

Prolog

Aku bukan dia ...
Dia bukan aku ....
Tetapi yang pasti dia adalah sebahagian dari aku yang merupakan sebahagian daripada dirinya. Aku dan dia telah begitu lama berkongsi kehidupan ini , telah sekian lama melalui kehidupan ini bersama-sama , semenjak kelahirannya . Tanpa dia siapalah aku dan tanpa aku keujudannya langsung tak pernah dihargai mahupun dikenali.Tanpa aku dia takkan mampu berada di puncak kegemilangan ini ( kalau ini boleh dikatakan sebagai puncak kegemilangan ).Kami menyanyi lagu yang sama , menari tarian yang sama dan berpencak dengan langkah yang serupa .. Kami adalah dua nyawa sejasad , dua minda dan dua emosi berbeza dalam satu jiwa .
Aku bukan JAHAT
Dia bukan JAHAT 
Tapi aku tidaklah sebaik dirinya 
aku tidak semulia dirinya 
Dia begitu sempurna sedangkan aku .. Aku adalah penyelesai semua masalah yang dihadapinya . Aku yang menyingkirkan semua musuh dan lawannya . Aku yang melaksanakan semua kerja kotor untuknya tanpa disuruh tanpa dipinta . Tangisannya adalah kekuatanku.Senyumannya adalah ketenanganku . Impiannya adalah segala-galanya untukku. 
Aku tidak menyesal sekarang ini.
Aku tidak kisah seandainya peluru peluru itu menembusi tubuhku menyiat isi dan kulitku , merobek organ tubuhku . Tapi aku perlu terus hidup untuk melindunginya kerana tanpaku , aku yakin hidupnya akan terdedah kepada bencana .
Di luar sana siren makin kuat , makin jelas mnghampiri . Aku perlu HIDUP .. Inilah perjuangan terakhir aku demi dia ... Aku mesti SELAMAT untuk memastikan dia selamat.